Monday, March 2, 2009

APA SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI WITCH MOUNTAIN?


Race to Witch Mountain adalah pembuatan semula kali kedua dari filem asal pada tahun 1975,Escape to Wtich Mountain dan merupakan filem pembuatan pertamanya pada tahun 1995,ia berdasarkan novel fiksyen sains dengan judul yang sama dan ditulis oleh Alexander Key pada tahun 1968.




SINOPSIS
setelah bertahun tahun cerita tentang tempat rahsia di tengah tengah Gurun Nevada dihebohkan,terkenal dengan fenomenanya yang tidak dapat dijelaskan.ia dipanggil...Witch Mountain.
apabila seorang pemandu teksi Las Vegas,Jack Bruno(Dwayne Johnson) menemui Sara(AnnaSophia Robb) dan Seth(Alexander Ludwig),dua adik beradik remaja dengan kuasa luar biasa di dalam teksinya,dia mendapati dirinya berada dalam satu pengembaraan yang tidak dapat digambarkannya.
Dengan bantuan Dr.Alex Friedman(Carla Gugino),seorang ahli kaji objek dan kejadian astronomi,meraka mendapati satu satunya cara untuk menyelamatkan dunia terletak disebalik rahsia Witch Mountain.Namun,terdapat kuasa yang menghalang mereka,Burke(Claran Hinds),seorang lelaki berpakaian hitam akan melakukan apa saja untuk melindungi negaranya.
Jadi,perlumbaan ke Witch Mountain bermula dengan kerajaan,penunjuk perasaan malak makhluk asing yang cuba menghalang mereka...


DI SEBALIK PRODUKSI
Pada Julai 2007,Walt Disney Pictures telah mendapatkan Andy Fickman untuk mengarahkan Witch Mountain,penghasilan semula Escape to Witch Mountain yang moden.pada bulan yang seterusnya,Dwayne Johnson atau The Rock telah menjadi pelakon utama dengan jadual penggambaran bermula awal 2008.
Fickman tidak menggambarkan filem tersebut sebagai pembuatan semula,malah mengatakan ia sebagai satu penghasilan babak baru di dalam dunia Witch Mountain.pengarah juga menggambarkan novel dimana filem ini adalah berdasarkan babak kelam dan elemen lukisan di mana tidak wujud di dalam filem tahun 1975.menjelang Mac 2008,pembuat filem menggunakan skrip baru dan mengubah judul filem tersebut sebagai Race To Witch Mountain dan penggambaran bermula di Los Angeles pada bulan sama.
Pusat konvesyen di Pomona,California tekah ditukarkan menjadi UFO Expo 9 dengan hiasan dalaman Withc Mountain telah direka dengan menggunakan gambar gambar Cheyenne Mountain,Colorado.sebuah kabin untuk cerita ini juga dibina di Agua Dulce,California.Fickman meminta bantuan pakar UFO,tentera dan penasihat CIA untuk membentuk elemen filem ini.dia juga memperkenalkan elemen baru di dalam filem pembuatan semula ini,sebuah makhluk asing bernama Siphon.makhluk ini dibuat dengan pasukan rekaan yang mencipta imej Alien and Predator.













Pengarah:Andy Fickman Penerbit:Andrew Gunn Lakon Layar:Mark Bomback/Matt Lopez
Pelakon:Dwayne Johnson/Carla Gugino/AnnaSophia Robb/Alexander Ludwig/Claran Hinds/Garry Marshall/Cheech Marin/Chris Marquette/Kim Richards/Ike Eisenmann

No comments:

Post a Comment