Friday, February 13, 2009

Racing

malam itu memang begitu memenatkan.sedang aku rehatkan diri kat ruang tamu rumah aku[takkan ruang tamu rumah korang plak kan].tiba2 aku terasa nak pergi RACING.malam ini aku rasa nak bawa kereta EVO 8.peh!!!rasa2 dh cukup laju kereta aku ni. sedang aku ronda2 naik kereta aku,tiba2 ada 1 kereta yang memecut agak laju di sebelah aku.aku pon apa lagi.darah muda kan.cepat panas.kereta yang lalu sebelah aku tadi itu rasa2nya SUBARU IMPREZA.semakin tak nampak kereta tu dari pandangan aku.tapi dengan kelajuan yang dimiliki oleh kereta aku yang baru di selenggara dan di adjustkan turbonya bior lagi laju daripada biasa.ahaks!!memecut dan terus memecut,akhirnya nampak juga aku dengan punggung kereta tu.apa lagi yang aku lakukan bila berada di belakang kereta tu terus aje aku cucuk2 belakang dia.mungkin disebabkan kesakitan yang teramat sangat terus kereta tu memecut dengan lebih laju lagi.Ah!!!takde hal la laju camtu.boleh je aku kejar.nampak macam pelahan je kereta tu atau mungkin kereta aku yang terlebih laju.ALAMAK!TERLEBEY SUDAH[ayat stacy,pinjam jap].


dalam pada masa aku tengah kejar kereta tu,aku terperasan dah sampai kat highway.wah!!jauhnya aku kejar dia.sampai je dekat highway tuh bermulalah kejadian kejar mengejar.aksi drift macam kat dalam filem EVOLUSI KL DRIFT tuh.korang tengok tak cerita tuh.kalau tengok senang la korang nak bayangkan macam mana drift yang aku buat tu.tiba sampai kat simpang 2 dia masuk kiri aku nak ikut jugalah tapi tak kesampaian sebab ada kereta lain yang halang so aku terus je langgar kereta yang halang tu.yang peliknya bila aku dah langgar kereta tu,kereta aku takde ape2 pun.masih boleh berjalan lagi dan enjin masih hidup.hilanglah jejak kereta yang aku kejar tadi.huhu.tak puas lagi racing ni.


dalam kesamaran malam yang diterangi oleh lampu2 jalan yang tak berapa nak terang tu.tiba2 aku terlihat cahaya merah dan biru di ikuti oleh bunyi siren[ni no ni no ni no] lebih kurang begitulah bunyinya aku rasa.macam pernah ku dengar bunyi siren itu.wah!!pak polisi rupanya.diorang nk kejar aku wor.aku pun terus la melarikan diri untuk keselamatan dunia.[hahaha,ape kaitan dengan dunia lak nie].adegan kejar mengejar berlanjutan beberapa minit sampai la aku kena tangkap.rasa dalam 3 buah kereta polis yang kejar aku.maut aku lepas kena tangkap tu.


selepas aku di tangkap tiba2 aku terdengar suara orang memanggil.macam pernah dengar suara itu.suara itu kedengaran semakin kuat.bunyi panggilan suara tu camni "Mal!!sudah2 la tu main PS dah nak maghrib ni.pergi la mandi".La!!suara mak aku rupanya.syok giler ar main PS game NEED FOR SPEED UNDERGROUND.
:P




1 comment: