Saturday, February 14, 2009

ROCK

korang sume tau tak ROCK tuh mende?

Rock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya. Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rock yang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin.

Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat."

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal muzik rock.aku sebenarnya nak cerita tentang bagaimana nak mencari kawan:

Bagaimana mencari kawan yang baik?
1. Jika engkau berbuat baik atau bakti kepadanya dia akan memelihara.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berbentuk wang dan sebagainya dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu dia akan menghargainyadan menyebut kebaikanmu.
6. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu

sebenarnya bermacam2 lagi Rentak Orang Cari Kawan[ROCK].terpulanglah pada kita nak cari yang bagaimana.

No comments:

Post a Comment