Thursday, July 23, 2009

WAJIB

Tuan Saidin membuat pengumuman kepada semua staffnya tentang parti harijadinya yang akan diadakan dirumahnya pada hari minggu ini.
“Ingat!!semua WAJIB datang...kalau ada yang tak datang saya akan mengambil tindakan tegas.saya akan buat parti harijadi ni pun untuk korang jugak...dah penat berkerja apa salahnya kita enjoy sikit.nanti masa parti tu nanti kita bleh karaoke,blehn joget2..haaa kan best tuh.”Tuan Saidin berkata bangga kerana selama hidupnya beliau dan anak isterinya memang mengamalkan gaya hidup cara barat.
“Errr...WAJIB tu maksudnya kena datang la ye bos?”Bedul seorang ofis boy yang agak lurus bendul bertanya bagaikan tak berapa faham arahan bosnya itu.
“Ye laa...dah wajib tu maknanya kena ikut la arahan!”Tuan Saidin berkata dengan nada agak hangin.
“Err...tapi bos...”Bedul cuba bertanya lagi bagaikan ada sesuatu yang dimusykilkannya..
“Apa laginya yang kamu tak puashati ni?”Tuan Saidin semakin hangin.
“Tapi apsal sembahyang yang WAJIB tu bos tak amik tindakan tegas kepada pekerja yang tak sembahyang?”Bedul bertanya agak konfius dengan sikap bosnya itu.
Tuan Saidin terdiam,kemudian dia terus masuk biliknya.pada hari minggu tu parti harijadinya dibatalkan dan diganti dengan majlis doa selamat sempena harijadinya iut.


PESAN USTAZ RUDZ:Setiap pemimpin sama ada dia raja ke,presiden ke,ketua kampung ke,bos ke,ketua keluarga ke iaitu ayah atau sesiapa saja yang jadi pemimpin,di akhirat nanti dia akan ditanya tentang siapa dan apa yang dipimpinya

1 comment: