Friday, August 7, 2009

13 angka berhantu

jika anda melancong ke amerika syarikat atau kanada,mungkin anda akan berasa pelik kerana salah satu nombor pada butang lif bangunan seolah olah hilang....


nombor 10,11 dan 12 ada tetapi kemudian terus melompat ke angka 14.ke mana mengilangnya nombor tingkat 13?


menurut laman sesawang national geographic,angka 13 dipercayai membawa sial,di sumpah dan berhantu.malah ia akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya.


"kepercayaan itu dipercayai diambil daripada ajaran kristian iaitu apabila iblis yang pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke 13 digugurkan setelah mengingkari perintah Tuhan.


"ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula,mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke 13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan,"kata laman web itu.


menerusi kisah berkenaan juga,wujud kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul,maka seorang daripada mereka akan mati.


mitos itu diperkukuhkan lagi dengan beberapa kejadian aneh terutama yang membabitkan hari jumaat yang jatuh pada tarikh tersebut.


ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 juga dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 dan diterbangkan pada pukul13.13 EST pada 11 april 1970


seterusnya,kematian seorang lelaki yang menghidap fobia pada angka 13 atau triskaidekafobia iaitu Arnold Schoenberg didapati lahir dan meninggal dunia pada tanggal 13 hari bulan.


disebabkan pelbagai kejadian aneh itu,semakin ramai yang percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu.hari jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh masyarakat British,Jerman,Sepanyol,Bulgaria dan Portugis.


fobia ini bukan sahaja melanda rakyat biasa bahkan pengarah syarikat dan intelektual.


malah bagi mengelakkan malang,ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13,syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan 13 tingkat,pintu ke 13 atau premis bernombor 13.


persoalannya,benarkah angak 13 itu membawa tuah,berhantu atau memang sial?


RuDZ:aku ileks je gune no 13..cam xde ape2 efek pon..

1 comment:

  1. dah nak berhantu buat pe kalo ko tu antunye...
    hahahahaha.....

    ReplyDelete