Monday, December 7, 2009

al-kisah Tijah binti Kulup Kecil

Ingat lagi pada Tijah Binti Kulup Kecil? alah.. gadis kampung yang putus cinta dengan lelaki mat saleh, kemudian tulis surat 'to cut connection' antara dia dengan lelaki itu. yang ada 'don't play-play with my liver' dan 'safe walk' tu.

lama kita tak dengar berita tentang tijah. untuk pengetahuan anda baru-baru ini tijah ada 'blind date' dengn seorang lelaki . terlebih dahulu tijah mengatur rancangan, seorang kawannya akan menelefon dalam masa tiga jm selepas tijah keluar. tijah buat rancangan supaya dapat melarikan diri seandainya tahap kehenseman lelaki yang bakal ditemuinya nanti tidak mencapai piawaian cita rasanya.

betul, lelaki itu tidak sehensem mat saleh yang mengecewakan tijah dahulu. muka poyo habis. sedang tijah begitu boring melayan lelaki itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. tijah menjawab telefon itu dan buat muka sedih.

'maaflah, saya kena balik sekarang, datuk saya baru saja meninggal dunia!'
kata tijah teresak-esak selepas menjawab panggilan tadi.

lelaki poyo membalas, ' eh, tak apa, tak apa. syukurlah datuk awak mati dulu, kalau tidak nenek saya pulak yang terpaksa meninggal dunia.'

kuang kuang kuang!!!

No comments:

Post a Comment