Wednesday, October 7, 2009

Tok Imam & 3 org !@#$%^&*(0

Di sebuah kampung,ada 3 orang remaja yang suka melepak.seorang bernama Ali,seorang Budin dan seorang lagi Ciko.aktivit seharian 3 pemuda yang suka melepak tidak kira masa,menyebabkan tok imam di kampung itu tidak senang duduk.

Pada suatu petang,tok imam datang ke tempat mereka lepak dengan niat hendak tarbiah 3 orang pemuda ini.

Maka,ketika itu berlakulah beberapa insiden cabar mencabar.tok imam mencabar si mangkuk hayun 3 ekor itu berjemaah ke surau,bila masuk waktu maghrib nanti.

Si Ali pun berkata:"tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?takpa,nanti kami buktikan yang kami bukan jahil seperti disangka."

Maka,apabila hampir masuk waktu maghrib pergilah si mangkuk hayun 3 ekor itu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.tanpa berlengah terus Ali laungkan azan sekuat hati:"Allah Taala...Allah Taala..."

Segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan suruh tok bilal azan semula.tok imam bengang.Ali jahil tak pandai azan.

Selepas iqamat,masa hendak sembahyang.tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.tok imam pun satu hal,angkat sekali tak khusyuk,angkat dua kali pun tak khusyuk juga.

Masuk kali ketiga,Budin panggil tok imam:"tok!tok!duduk kat belakang biar saya jadi imam!."

Tok imam pun undur setapak belakang.Budin pun maju setapak depan,lalu angkat takbiratul ihram"Allahu akbar!"

Maka,para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba saja si Budin pusing ke belakang sambil berkata:"Aaaa,tengok!sekali jee,tokkkk!!!"

Batallah solat Budin.yang lain2 pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak kerana solat sudah terbatal.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam.Si Ciko pun terus ke depan,jadi imam solat maghrib,bermula dari takbir sampai tahiyat akhir.siap dengan wirid wiridnya sekali,selepas sembahyang.tok imam yang tengok punyalah respek dengan si Ciko ni.

Lepas solat,tok imam tak habis-habis memuji si Ciko.bagi tok imam si Ciko layak menjadi contoh kepada anak2 muda di kampung itu.

Si Ciko,selepas mendengar tok imam memujinya terus jadi bongkak.dengan penuh bangga si Ciko berkata.

"He he,itu belum saya ambil wuduk lagi tok.kalau dah ambil wuduk,lagi dahsyat saya sembahyang!"

Tok imam yang mendengar terkedu."jadi,tadi kamu sembahyang tak ambil wuduk?"soal tok imam.

Apa lagi,selepas itu teruk 3 orang anak muda tersebut ditarbiah oleh tok imam.akhirnya ketiga-tiga anak muda tersebut insaf dan muka belajar agama dengan tok imam.

No comments:

Post a Comment