Tuesday, December 8, 2009

Alahai Chot !!!

Chot baru habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. tiba di keretanya, Chot mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti telah dilanggar orang. keesokan harinya, Chot membawa kereta itu ke bengkel.

Ah Beng yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba mempermainkannya. dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Chot pun pulang ke rumah dan tersu meniup melalui lubang ekzos keretanya. phuuuhhh!! phuuhhh!!! tiada apa-apa yang berlaku. chot meniup dengan lebih kuat lagi namun pintu keretanya yang kemik itu tidak kembung juga.

teman serumahnya, saod keluar dan bertanya, ' apa hang buat tu?'
chot pun menjelaskan kepada saod, bagaimana Ah Beng si mekaik woksyop telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung semula.

Saod menepuk dahi. dia ketawa berdekah-dekah sambil berkata, 'awat la hang ni mangkuk sangat, Chot oi? hang tutuplah semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barulah boleh!'

aduhyai ... korang dapat imejin tak ?!!! kwang kwang kwang ...

No comments:

Post a Comment